‘Rubbish MP’:Adnan Mansor Cabut Lari Bila Ditegur YB Segambut

5

April 17, 2008 oleh HermanSamsudeen


Komentar Ahli Parlimen Segambut, YB. Lim Lip Eng dalam Retreat Perundingan Meja Bulat Wilayah Persekutuan Ke-2 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan di Hotel Istana yang baru bermula hari ini benar-benar membuatkan Ahli Parlimen Barisan Nasional panas punggung.

Ahli Parlimen muda ini berjaya menarik perhatian para audien yang hadir dengan membangkitkan sikap ‘double standard’ pihak Kementerian Wilayah yang tidak menghormati ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat yang dijemput ke majlis berkenaan sebagai ahli panel.

Beliau memaklumkan bahawa beliau dijemput hadir sebagai VIP tetapi tidak dibenarkan untuk meletakkan kereta beliau ditempat VIP kerana tempat itu dikhaskan untuk ahli parlimen BN dan kenderaan DBKL sahaja. Oleh itu beliau terpaksa meletakkan kenderaan di tempat letak kereta awam di bahagian bawah Hotel.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga ditolak oleh pengawal peribadi Datuk Bandar ketika cuba mendekatinya untuk berbual.

Ahli Parlimen Putrajaya, Adnan Mansor yang sampai lewat ke majlis ini menjadi panas punggung bila mendengar komen Lim yang dianggapnya sebagai perkara remeh dan ‘rubbish’. Beliau tanpa segan silu menolak untuk naik ke pentas dan terus sahaja meninggalkan majlis walaupun baru setengah jam berada disitu.

Sikap tidak ‘gentelment’ Adnan ini dikutuk oleh para hadirin hingga ada yang memanggilnya sebagai ‘rubbish MP’ ketika beliau melangkah keluar dari dewan.

Walau apa juga sebabnya beliau tidak sepatutnya keluar dan perlu berlapang dada menerima komentar dari MP lain. Urusetia program turun kecewa kerana beliau sebagai ahli parlimen BN gagal menunjukkan komitmen dan sikap yang positif didalam majlis berkenaan.

Para perwakilan persatuan, NGOs dan wartawan yang hadir menganggap bahawa beliau hari ini gagal menjalankan tugas beliau sebagai ahli parlimen Putrajaya, dimana semua MP telah memberikan kerjasama yang baik dalam mengupas permasalahan di parlimen masing-masing untuk dikongsikan.

Beliau menyertai ahli parlimen Setiawangsa, yang turut gagal membawa isu-isu rakyat dikawasan parlimen mereka yang sepatutnya dikemukakan dalam sesi pembentangan isu.

Ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan begitu kecewa dengan sikap ahli parlimen BN ini kerana mereka gagal menunjukan kesungguhan dan kerjasama walhal mereka juga yang merayu agar semua MP dapat hadir untuk berkerjasama dalam membela rakyat melalui majlis ini.

Jika inilah mentaliti dan cara mereka menguruskan kawasan mereka dan wilayah persekutuan ini secara keseluruhannya, maka tunggulah saatnya, kebajikkan rakyat akan terus terabai selepas ini.

5 thoughts on “‘Rubbish MP’:Adnan Mansor Cabut Lari Bila Ditegur YB Segambut

  1. mypugaloo berkata:

    Biasalah tu…dah namanya BN…memang perangai macam tu..cuma yg aku hairan bin ajaib ni, penyokong2 FANATIK UMNO & BN ni yang mati-mati tak nak terima bila perkara mengenai moral MP mereka dipersoalkan…

    TAPI…kalau bicara soal moral PR, bukan main, percaya sehingga 500%…

    fikirlah sendiri ooooiiiii

  2. thanaif berkata:

    Perlembagaan bagaimanakah upaya mendidik warga untuk meluhurkan kesopanan dan kesusilaan?
    Perwakilan dilantik oleh rakyat lalu wajarkah pilihan rakyat dianggap tidak miliki hak-hak untuk dihormati?
    Menolak mereka bermakna menolak rakyat yang memberi amanah kepada wakil yang dipilih oleh mereka.

  3. Pembebel berkata:

    Sikap “AGAH” biasa pemimpin AMNO. Biasa la tuh.

  4. jimmy berkata:

    rmi yg tdk tau perkara ni..ade ke dlm media utama berita ni..

  5. Matahari terbit berkata:

    moga moga MP dari BN Kuala Lumpur akan ubah perangai lepas insiden ne demi kesejahteraan rakyat.

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
April 2008
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF