JIKA POPULAR, KENAPA TAKUT BERDEBAT?

1

Januari 27, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengalu-alukan cadangan diadakan perdebatan antara Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dicadangkan oleh banyak pihak. Ini menunjukkan banyak pihak sedang ternanti-nanti kedua-dua pemimpin utama negara itu bersemuka di atas satu pentas bagi melihat hujah yang dikemukakan oleh pemimpin tersebut.

Bagi DPPM, debat adalah suatu dimensi politik baru yang perlu diterokai oleh kedua-dua pemimpin negara ini. Jika selama ini, rakyat terbelenggu dengan hanya maklumat dari sebelah pihak sahaja. Dengan cengkaman media yang berat sebelah, ditambah pula dengan propaganda yang memburukkan imej pemimpin pembangkang di negara ini sejak sekian lama, wacana debat adalah perlu bagi menilai pandangan kedua-dua tokoh terbabit.

Dengan suasana sudah berubah, rakyat sudah semakin terbuka dan bijak dalam menilai sesuatu maklumat yang diterima. Rakyat memerlukan suatu saluran bagi mendapatkan suatu informasi berharga bagi menajamkan pemerhatian mereka terhadap politik negara dan debat terbuka adalah langkah terbaik untuk semua.

Tambahan pula, populariti Datuk Seri Najib Tun Razak dikatakan semakin baik dan mengalahkan populairiti Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti yang dinyatakan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek. Dengan populariti yang baik dan meningkat naik, tidak wajar Datuk Seri Najib melepaskan peluang ini untuk menerima pelawaan debat yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Mungkin debat yang bakal dianjurkan ini pula bakal menjadi suatu peristiwa bersejarah kerana pemimpin negara berjiwa besar sanggup duduk semeja dan berhujah dengan Ketua Pembangkang.

Oleh itu, Datuk Seri Najib tidak perlu risau dan gentar bagi menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pentas perdebatan. Yang diadili bukan siapa menang atau kalah, yang penting siapa yang benar dan siapa yang salah. Jika Datuk Seri Najib di pihak yang benar, apa yang perlu ditakutkan?

Apa yang DPPM harapkan, wacana politik yang bakal dianjurkan nanti perlu dibuat secara terbuka dan jika dapat, disiarkan secara langsung supaya setiap rakyat boleh melihat hujah perdebatan tersebut. Perdebatan ini pastinya penting sebagai usaha bagi membangunkan negara dan masa depan rakyat di negara ini.


Disediakan oleh;


RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

1 thoughts on “JIKA POPULAR, KENAPA TAKUT BERDEBAT?

  1. azman berkata:

    Sebenarnya di saat ini baru nak ajak berdebat bukan kena dgn masa sebab tentu tak baik untuk BN tapi bagi pakatan tentu DSAI yg ternyata pandai berucap secara pidato akan nampak hebat. Mungkin Rafizi siang malam kena bekerja dan mencari apa jua isu sebab Pakatan dah byk isu busuk. Pas dah longlai sebab pecat DHA sebab percayalah DHA ramai yg simpati sebab DHA lebih bijak dari mat sabu dan mahfuz. Bukan DHA tak mahu kritik BN tapi isu BN tak lebih tertumpu cara BN mentadbir negara byk isu yg boleh dikaitkan tapi yg DHA tak tahan soal aqidah pun org Pas sanggup gadai,bahaya tu, janji Putrajaya. Org Pas cakap cuba bayangkan Ulama akan imamkan di dataran Putrajaya solat tapi apa yg kita lihat di Kedah tak buat pun,apatah lagi di Selangor nak bendung gejala murtad pun tak sokong,bukanklah ini merosakan akidah tapi kita pasti Pas tetap boleh jawab. Contoh tak mampu buat masjiod dikatakan untuk memberi peluang rakyat buat pahala sumbang kat masjid, Selepas PRU 13 Pakatan bungkus, Hj Hadi, nik Aziz letak jawatan tinggalah Mat Sabu diangkat pemangku Presiden maka dikala itu Pas akan jadi parti bangkrap. DSAI waktu tu lari g duduk Israel sebab dah tak dak negara yg nak berkawan dgn dia. Cina yg lebih pentingkan ekonomi senyap senyap lari dan menyokong Najib pulak,biasala Cina Malaysia dgn Cina Singapore sama je. Kesian Pas

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Januari 2012
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF