Bantah keputusan kekal agama asal anak, 2 orang lagi di siasat

Tinggalkan komen

Mei 8, 2009 oleh pemudawilayah


DSC_0572Kuala Lumpur, 8 Mei – Dua orang lagi pemuda telah diambil keterangan oleh polis sebentar tadi ekoran himpunan membantah keputusan kabinet mengekalkan agama asal anak yang ibu bapa mereka telah memeluk Islam. Ketua Pemuda PAS Wilayah, Sdr Kamaruzaman Mohamad juga telah diambil keterangannya pada hari isnin lepas.

Pada 1 Mei 2009 suatu himpunan telah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru bagi membantah keputusan kabinet mengekalkan agama asal anak yang ibu bapa mereka telah memeluk Islam. Selain itu kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

dangwangi1

Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah yang baru, Herman Samsudeen dan seorang lagi pemuda wilayah, Syazni telah diambil keterangannya kira-kira jam 8.30 malam tadi di Ibu Pejabat polis Dang Wangi.

Sebelum ini Kamaruzaman menganggap keputusan kabinet pada 23 April sebagai “paling biadap terhadap Yang di-Pertuan Agong, mufti, Parlimen dan juga sistem kehakiman negara.”

“Sesungguhnya kabinet sedar bahawa mereka hanyalah berkuasa dalam sudut eksekutif bukannya legistatif dan kehakiman.”

“Maka tidak selayaknya mereka mengeluarkan keputusan dan arahan melangkaui bidang kuasa mereka terutamanya dalam isu yang membabitkan soal agama,” katanya.

Keputusan kabinet tersebut turut dikecam hebat apabila Najib dengan melantik Koh Tsu Koon mempengerusikan Jawatankuasa Khas bagi membahaskan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Jawatankuasa yang turut disertai Menteri Sumber Manusia, S Subramaniam; Menteri di JPM, Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil telah memutuskan bahawa :

1. Anak yang masih dibawah umur perlulah dibesarkan mengikut agama asal ibu atau ayahnya.

2. Pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil bukan dimahkamah Syariah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other followers
Mei 2009
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF

%d bloggers like this: