SEMOGA IMAM HOSLAN TABAH HADAPI UJIAN

Tinggalkan komen

Mac 8, 2012 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melahirkan rasa simpati ke atas Tuan Haji Hoslan Hussin yang telah dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah ekoran tindakan beliau membaling kasut ke arah panel hakim bulan lepas. Keberanian tindakan beliau  ememangnya telah menggemparkan negara dan ia kejadian yang jarang berlaku di negara ini.

Bagi DPPM, apa yang berlaku ke atas beliau adalah suatu manifestasi kemarahan rakyat bawahan yang cuba mempertahankan hak mereka untuk diadili secara adil. Beliau berjaya mencuit perhatian ramai pihak termasuk masyarakat antarabangsa supaya mengambil berat terhadap kes beliau.

DPPM mengharapkan supaya beliau mendapat perbicaraan yang adil di mahkamah terbuka di negara ini. Kes yang menimpa beliau menjadi pengajaran kepada semua pihak supaya jangan memperkecilkan golongan rakyat bawahan.

Akhirnya, DPPM mendoakan semoga Haji Hoslan tabah menghadapi ujian yang melanda beliau. DPPM juga berusaha membantu keluarga meringankan beban mereka beliau sepanjang tempoh hukuman dikenakan ke atas beliau.

Disediakan oleh;

 

RIDUAN MOHD NOR

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Mac 2012
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF