DAKWAT KEKAL : HARAP JADI KENYATAAN

Tinggalkan komen

Disember 7, 2011 oleh pemudawilayah


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyambut baik pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menggunakan dakwat kekal bagi pilihanraya Umum ke 13. DPPWP mengharap penggunaan dakwat kekal akan direalisasikan menjelang PRU ke 13, dan tidak tinggal sekadar janji kosong sebagaimana yang berlaku pada tahun 2008 dahulu.

DPPWP berpendapat, penggunaan dakwat kekal amat relevan dan perlu digunakan sekarang. Dengan pelbagai isu yang berlaku yang menimbulkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya di Malaysia seperti pengundi yang mempunyai dua kad pengenalan, kad pengenalan bertindih atau klon, pengundi dari kalangan warganegara asing, pengundi yang tidak dapat dikesan dalam Jabatan Pendaftaran Negara tetapi wujud di SPR, pengundi yang sudah mati kembali turun mengundi serta lain-lain lagi, nampaknya SPR tidak boleh berdalih lagi untuk mengelakkan dari menggunakan dakwat kekal.

Bagi DPPWP, SPR tidak perlu berlengah masa untuk melaksanakan sistem ini kerana ia tidak memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Tambahan pula penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.

Selain itu, DPPWP meminta SPR agar membersihkan segera senarai daftar pemilih seperti telah diumumkan oleh SPR semalam. Selama ini, senarai daftar pemilih di Malaysia menjadi pertikaian banyak pihak yang mendapati banyak kepincangan yang timbul. Ia juga menjadi hasrat seluruh rakyat yang mahukan sistem pilihanraya di Malaysia ke 13 nanti adalah yang terbaik dan paling bersih dalam sejarah. Untuk itu, SPR perlu bersikap adil pada semua pihak tanpa membezakan antara parti pemerintah mahupun pembangkang.

Akhirnya, SPR perlu buktikan PRU ke 13 nanti adalah pilihanraya yang adil dan telus dan boleh dipercayai bukan sahaja terhadap warga tempatan malah terhadap masyarakat antarabangsa. Semua ini perlukan pengorbanan dan kejujuran, kerana keadilan tidak boleh ditegakkan pada sebuah sistem korup yang tempang dan pincang, yang penuh didalamnya unsur penipuan.

Disediakan oleh;


MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Timbalan Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tinggalkan komen

Muktamar PAS

BUKTI UMNO HINA RAJA MELAYU

Kata Presiden

Kata Mursyidul Am

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 135 other subscribers
Disember 2011
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Arkib

Categories

RSS Harakahdaily

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysiakini

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Media AlTernatiF